06/07/09

Just remember darling all the whileeee... you belonggg to me...





Today, I got a bouquet of flowers, red roses from my sweetheart. *semua orang sila envy aku skrg*



Tapi kenapa mesti disaksikan oleh Teacher Wiz??? >_______<




p/s : Jangan la gelak tengok cadar aku mickey mouse.

04/07/09

Menyetan sendiri2 aja lah.

Aku dah kata jangan, tapi kau nak jugak.
Kau nak bukak tudung tu, bukak.
Tapi tak perlu lah paksa aku bukak sama.


Aku dah kata jangan, tapi kau nak jugak.
Kau nak isap shisha tu, isap.
Tapi tak perlu lah paksa aku isap sama.


Oke?



Bukan marah. Kita kan kawan.

03/07/09

Nak pergi pukul orang. Lu ke tepi!

Menguli tepung dan memerah ubi semasa bercuti telah menghadiahkan 2 ketul biceps dan triceps yang mantap untuk lengan ini. Thanks mom!


Sepet bila nak balik da... Syiok duduk Pulau Perhentian tengok omputih bogel eh terlucah. Naked. Habis guwe di sini siapa nak temankan? Nak ikut tak bagi. Podah!


Sepet2, I lagi tough! Takut2. Wohooo!!! *pok*

30/06/09

Sorry, you can put the blame on me.

As life goes on
I'm starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out and apologize for things I have done
and things that have not occurred yet


I'm sorry for the times that I had to go
I'm sorry for the fact that I did not know
that you were sitting home just wishing
we could go back to when it was just you and me
I'm sorry for the times I would neglect
I'm sorry for the times I disrespect


I'm sorry for the wrong things that I've done
I'm sorry I'm not always there for you love
I'm sorry for the fact that I am not aware
That you can't sleep at night when I am not there
Because I am being a bitch like everyday


Sorry for the things that I did not say
Like how you are the best thing in my world
And how I am so proud to call you my love


I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it's just a shame on me
I'll be the reason for your pain
and you can put the blame on me


You can put the blame on me
Said you can put the blame on me
You can put the blame on me


Sorry for the things that I put you through
And all the times you didn't know what to do
Sorry that you had to go and smoke those cigarettes
Just trying to stay busy like no one cares


I wish I would've listened and not be so bad
I'm sorry your life turned out this way
I wish He would came and took me away.





p/s : I'm not singing.

29/06/09

Kalau tanggal, confirm saya amek gambar dan publish di belog.

Actually pergi Jengka hari tu, hantar saudara masuk Uitm Jengka je. Haha. Ok ok malas lah cerita pasal Uitm. Bukan best pun. Heh.


Otw balik, kami singgah di Hutan Lipur Lentang. Yahoooooo!!!!! Sekian lama terperuk di Batu Caves, sesekali ke sungai sememangnya amat heaven!

Dan pastilah aku orang first masuk dalam air. Haha ;p


Di satu sudut sungai tu, ada 2 tali bergantungan kat pokok. Aku dah teruja dah nampak tali boleh gayut2 macam zombie (ok apsal zombie T_T). Namun niat untuk bergayut seperti zombie terpaksa dipendam memandangkan ada 2 jejaka kacak tidak berbaju turut mandi di sungai yang sama.


Demi menjaga kesopanan aku terpaksa berpura-pura dengan hanya bermain di air cetek bersama kanak2 5 dan 6 tahun. Tsk ="(


Tengah2 guwe syiok dihanyut arus, tiba2 mata terpandang seorang pakcik lingkungan awal 50-an. Dia duduk di atas batu, di tengah sungai, dengan berkain pelikat.


PAKCIK2, WTF PAKCIK MANDI SUNGAI PAKAI KAIN PELIKAT???


Haih. Sabar jelah. Mari sambung cuci mata terhadap 2 jejaka kacak tidak berbaju XD


Mandi, makan. Mandi, makan. Begitulah rutin berkelah di tepi sungai ya. Sedang enak aku makan nasik lemak yang dibawa kakak ipar, mata aku terpandang pula pada tali2 yang bergantungan tadi.


Kali ini bukan sebab teruja nak bergayut macam zombie (ok kenapa masih zombie T_T), tetapi sebab pakcik berkain pelikat ada kat situ. OMG.



OHMAIGOD!
OHMAIGOD!
APSAL PAKCIK SEMAKIN HAMPIR PADA TALI??
OHMAI...
OK APSAL TANGAN PAKCIK PEGANG TALI SEKARANG?????
DONT TELL ME YOU GONNA...
NO! I SAID NO!
OHHHH MAIIII GOOOOOOOOODDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Geli nak cerita. Mujur kain dia tak tertanggal je weh.

27/06/09

Dia tak sihat, cikgu.

Balik dari Jengka demam pulak. Later2 lah aku cerita pengembaraan kat sana.




p/s : I said I want 4.0. Why so stingy?

p/s/s : I'm very frust right now.

26/06/09

Dilema aku di musim durian.

Musim durian sentiasa diraikan dengan meriah oleh keluarga aku. Abah aku especially. Mak aku cerita, abah aku membesar dengan durian. Sebab dulu arwah atok ada kebun. Kalau musim durian beribu2 durian gugur belakang rumah. Ohh heaven!


Tapi musim durian kali ini aku sedih. Selalu 2-3 bijik sekali hadap. Sekarang 3 ulas dah kena stop. Rasa nak terkeluar balik. Apahal weh?


Tak heaven lah macam ni! Tadi abang aku bawak durian banyak gilaaaaa dari Mancis. Mancis, Negeri Sembilan. Bukan mancis api ye. Tapi macam biasa, 3-4 ulas stop. Dah terbelahak.


Argh. Hilang nikmat terbesar buah-buahan. Boleh mati aku macam ni *die*




p/s : I'll be headed to Jengka tomorrow morning. Yeah menghampiri pantai timur!

p/s/s : Ye aku memang sangat obses dengan pantai timur. Terengganu esp.

p/s/s/s : Mintak2 takde last minute cancel macam hari tu. I'd rather die.

25/06/09

Manusia Hipokrit.

Orang asyik blame sana sini pasal perempuan pakai tudung tapi baju ketat2. Dari dulu lagi. Cuba kau selami orang yang berjiwa rebel. Lagi kau kata jangan, lagi dibuat. Lagi kau sindir, lagi dia ligat.


Bukan semua orang boleh terima nasihat. Bukan semua orang lembut hatinya. Bukan semua orang dapat hidayah. Bukan semua orang berjaya kekalkan hidayah yang pernah dapat.


Jubah besar mana sekalipun, bukan ukuran hati dan iman. Macam mana kalau aku cakap kenal dengan pelajar jurusan arab yang bertudung labuh sentiasa tapi berzina?

Macam mana kalau aku cakap kenal dengan pelajar jurusan wahyu yang bertudung labuh sentiasa tapi solat tunggang-langgang?


Aku ada kawan, dan aku tahu. Kau suka letak hijab nombor satu, akhlak dan akidah nombor dua. Menyampah lah aku.

23/06/09

Lidah Melayu

Sebut banyak2 kali ok Azi! Latih tubi.


Jane, gent

lane, land

plane, plan

eight, at

moss, most



Weh, bila NST nak buat competition Pronounce It Right pulak?




p/s : This is the reason why I seldomly speak English in public.

21/06/09

Super GT

Menyaksikan kereta2 hebat beraksi di Sepang pada hari ini memang menjadi idaman semua. Lagi2 bila ada tiket RM50 yang kira murah gilababi weh! Tapi apakan daya, lima ringgit pun ai takde sekarang. Tsk.


Oleh sebab Sepet pergi, maka dia ditugaskan amek gambar banyak2. Haha. Oke2 aku tak upload banyak lah sebab bukan aku yang amek kan. Nanti macam over tuan kamera pulak -_-"


RX8 guys!  Aku dah pesan Sepet amek rx8 banyak2 tapi satu ni je dia bagi aku >_<




Amek gambar kereta sahaja! Model tak perlu! Haih... That's Skyline btw ;)  Ahh dua makhluk gay tu tak perlu tahu nama.




FINE! FINE! >_< 




TENGOK SINI!

Hah. *puas hati* 

20/06/09

Berita Sedih ;((

Ingat lagi pada Kitam? Si kucing baru. Dah lama aku tak nampak dia. Aku fikir, tuan dia dah pungut balik kot.


Petang tadi, mak aku jumpa dia semula. Rupanya dia menyorok bawah kereta jiran, dengan tidak bernyawa.

19/06/09

Pantaikuuu~ Satarkuuu~ Colekku~

Untuk mengisi hari-hari cuti, macam biasalah, plan nak pergi sana sini. Kali ni plan agak menarik. Sebab aku akan ke pantai timur. Ahh, eksaited!


Sampai di Terengganu, rehat2, mandi pantai, makan satar, keropok losong. Dari Terengganu travel ke Kelantan. Makan nasik kerabu, colek PCB, lawat mertua EH lawat saudara-mara, then collect2 durian kot ade. Haha.


Aku sudah make sure segala keperluan complete, supaya nanti tak hidup susah di negeri orang. Mintak izin mak awal2 lagi. Semangat betul!


Then aku mesejlah si jejaka. Tanya dia dah ready ke belum. Cadangnya nak gerak esok. I repeat, esok.


Dia pun reply, "tak jadi."




TAKJADI TAKJADI. AKU KOREK HIDONG KO KANG!

18/06/09

Sunrise sunrise...

Haih samseng betul pose.  Btw, aku mmg tak reti kaunseling2 orang. Tapi mungkin boleh  jadi a good listener. Tak good pun, I still manage to listen to whatever shit you said. Haha.



Now dear, listen to Norah Jones. Kita relax2 otak sikit ;)


Sunrise
Sunrise
Looks like morning in your eyes
But the clock's held 9:15 for hours

Sunrise
Sunrise
Couldn't tempt us if it tried
Cuz the afternoon's already come and gone
Dah kau sambung pulak. Aku tau sampai sini je. Haha.

 
...designed for chuchu from shu lee...